Tuesday, December 27, 2011

new day will come

The Old Me

A new day may come

It won't wait for us

even a second

2011

almost comes to an end

so much things happened

happy and sad

fun and joy

everything that makes people grow

make people to think

I run through a lot this year

nothing much to say

getting older

yet

I am still an old me

new resolution will be make

simple and hope to be full filled

wish everyone

great year of 2012

enjoy yourself to the fullest

and achieve the great achievement ever
and

This is an old me


Tuesday, December 6, 2011

Bantuan RM500.....$$$


KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan
  • Warga emas sebatang kara
  • Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

3. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
4. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

5. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

6. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion

Gembira tak baca? Duit hoi sape tak suka? Tak suka memang tak normal. Sape yang suka boleh la buat apa yang diminta dalam statement kat atas. Sape yang layak sahaja.Yang tak layak tak yah mengada. Dok je kat umah diam-diam.

Benda ni memang saya Copy dari LHDN. Sesiapa nak baca lebih lanjut sila masok web LHDN.

ok bai!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, December 2, 2011

111111...her big day~

Ini gambar malam nikah campur ngan sanding sikit. jangan tanya aku kenapa tak susun...jawapannya ialah aku pening nak susun balik...

this is sooooooo cute!

aku aci kerat jari...angah aku tak de rasa pape pon masa ni. die lagi sebok belek bunga pegang tu

inai sangat hitam nok!

hah tetiba gambar sanding

tetiba gambar family with baju tema pink belac! (sedap lak sebot belac walopon sebenonye pink belacan)


As uolss semua tau my sister dah bertunang last year. her big day was 11-11-11 what a beautiful number. they bothe engaged for 1 year and 2 months if tak silap.

So akad nikah tarikh cantik 111111 right after isyak. nak pilih time nikah ppn kontroversi sebab tok kadi tak nak buat pukul 11 pagi.WTH betol tok kadi neh. tempat nak nikah pon kontroversi sebab tok kadi tak nak datang rumah.songeh gile! die soh buat kat mesejid.
Eh bukan ke masa kursus kawen orang tuh kata afdal buat kat umah ke? katanya tak elok kat surau sebab orang yang masok mesejid jarang hormat mesejid ni.anak-anak dok main dalam tu riuh rendah, pastuh ada lak dok bawak hantaran masok seolah-olah tidak memuliakan mesejid.pastuh amik-amik gamba pelok-pelok cium-cium tak elok katanya.dah tu nape bile nak nikah lain jadiknye? oh emosi pulak.janji dah selesai.

Kenduri pada 12-11-2011. sangat kelam kabut sebab pagi tu hujan super lebat! sumpah kami semua cuak nak mampos. Apa nak jadik kalau hujan tak berhenti? adoiii la puuun. pukul 10.30 pagi Alhamdulillah hujan stop.syukur.then terus buat baca tahlil and yassin. lepas tu trus kenduri pon start. Malas bebel banyak...uolls layan gambar je k.


ni abah saya punya turn tepung tawar renjis-renjis dipilis

ni turn mama lak tepung tepung (apesal de line lak ni?)

masa pengantin baru sampai...sory kena tunggu lama.baju pengantin pompuan de buat hal!

adik saya yang gojes sekali pada hari itu...sumpah lawa.korang kata tak lawa pon aku tetap kata lawa! aku tak kesah...

aku yang gojes jugak wakakakaka....gojes kan kan kan? gojes dan gemok. Deng!


al-fatihah.....

Assalamualaikum.....

Al-fatihah....

kepada Allahyarhamah Rara zikry

Dari Dia kita datang

Kepada Dia juga kita kembali

saya tidak kenal dia dengan rapat

hanya dari bacaan intenet saya kenal insan ini

apa yang mampu saya katakan

Allah SWT berhak ke atas kita

kita tidak dapat menentukan takdir kita sendiri

semua adalah ketentuan Nya

semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman

dan rohnya dicucuri rahmat




sesiapa nak tau lebih lanjut about her boleh google. what i can say she is beautiful and tough to face her fate until the end of her life.