Wednesday, October 21, 2015

Zara Qisha




Say hi to my little pumpkin Syarifah Zara Qisha Syed Ahmad Faizal

She is now 1 year 1 month

Wednesday, August 21, 2013

Teaser e-day


Nah gambar tunang aku. Kelakar muka aku. Kbai!

Saya nak kawen dah....

Holaaaaa
Bapak lama aku tak pedulik hal blog ni.nasib baik ingat lagi password. Macam orang lain nak kawen aku pon nak guna gak B2B ahakszzz.galaknya!

Body to body. Uuuuuu

Hoiiiii hoiii bride to be la. Tolonglah percaya aku dah jadik tunangan orang. Bertunang 6 bulan saja. Cukop lah tu. tak lalu aku nak menghdap dugaan banyak-banyak.  Aku bertunang masa cuti sekolah panjang hari tu. 1 June 2013. Pakai kaler minty green hokeh.kau hado?

Cadangan tarikh nikah aku 13 December 2013

Cadangan tarikh sanding dan kenduri kendara 14 December 2013

Cadangan Majlis sambut menantu hantu ni 15 December 2013.

Baju kawen aku kaler tiffany blue. Bertandang pakai emerald green kononnya. Nikah of kos la putih suci sesuci lebaran.

Hakikatnya aku malas nak buat ticker kawen. Aku anggar dalam 3 bulan lebih sikit lagi nak kawen.

Semua bride to be pulon buat ticker la hapdet baju kawen la doorgift la. Aku dah carik semua tu cuma malas nak cerita. Kalau tiba-tiba tak jadi kawen tak malu sangat ye dak?

Doorgift aku bagi telor sebijik cukop la kot.sep! Dasar! Ye la sep la. Aku nak bayar deposit sewa rumah 3 bulan nanti woih. Siapa nak tolong bayarkan lak?

Honeymoon nak p mana tak tau? Ah honeymoon rumah sendiri dah. Bulan 12 tu cuti sekolah. Semua tempat sesak. Laki aku (eceh laki aku konon!) tunang la woih. Ok tunang aku kata dia cuti tak lama. Takpe.takpe. Nampak tak belom pape aku dah jadi isteri yang memahami sangatttt.

Owh kalau nak kawen haruslah kena isi borang kawen yang berhelai-helai tu kan? Prosedure yang aku rasa susah. Patot la ramai p kawen kat siam. Aku faham dah apa perasaan depa!

Aku belom isi borang tu lagi. Dah p ambil kat pejabat agama. Konon perak ada online e-nikah. Aku bukak keluar 404. Wa pantang betoi benda yang bagi harapan ni. Cait!

Sunday, July 15, 2012

Wajah baru

Assalamualaikum Lama tak amek peduli dengan blog.aku tak tahu apa aku buat.aku syak aku bizi.tetiba malam ni rasa nak bukak. Owh blogger dah bertukar rupa.aku kompius ni.aku nak edit font ni pon aku tak reti weh.ye aku rasa makin buta it pulak By the way aku merepek ni sambil pakai telekung nak tunggu isyak.kalau ada makcik-makcik geng surau yang ada anak teruna bujang terlajak umur belom kahwin tengok aku macam ni.....komfem esok die masuk merisik. Ah hujan di luar nampaknya.malam ni aku nak tido awal.dah kata hujan.tunggu apa lagi ye dak? Ok lah.dah dah la aku tulis apa yang patot.padahal takde isi pon.isipadu apatah lagi.aku tak reti nak guna bloggerr baru.so aku nak semayang isyak pastuh makan bihun sup daging.saja aku bagitau aku nak semayang isyak.nampak baik je.kannnnnnnn? K lah.tadi ok sekarang k.pape la along oiii.takde pon orang kesah.hak hak. Kbai!

Saturday, January 14, 2012

ASB Issue

Hola. I have no great amazing entry for today. Just to ask about the ASB issue. I heard that it is haram or not suggested for muslim. I am curious about this issue since I already have an ASB account. I found out it is good investment. I did an ASB loan for almost 2 years and this year will come to 3rd year. Someone please clarify this...

Well before this i just had a conversation with one of the ustazah in my school. She also joined the ASB loan and she said this is a good investment. Oh please someone make me clear...

Thank You in advance...:)

Sunday, January 8, 2012

New workplace

I will start my new day at new school SK Sg Durian. I have no idea bout all this. I keep on thinking that this might b a karma. No more tears i think left.

I got a phone called from school and told me that i was transfered to that school due to lack of English teacher. Nayyyy. This is all political issue in educatin system and I was the victim.

I have to let go my previous school.yes with tears. No more action song and no more netball team. Why I say this? New school is small school.i don't think I might be able to form a school team. Plus i am the only lady teacher there. Watefukkkkkk.

I'm sorry if you feel boring with this entry but i really need to scream out my lung. This is the only place which I think suitable.

Take good care to you and to myself. People will always looking forward to make you cry.

Saturday, January 7, 2012

Via ios

Baru beli aipad tu...syok nak mampos.lantak la orang nak kata jakun pon.aku tak kesah.ko hado? Muahahahaha.astaga.insap.sape nak beli silalah beli.mulakan menabung.lupakan menatang lain.baju tak payah dok beli tiap2 bulan la.


Lepas ni aku agak dalam enam bulan kot tak beli baju kasot mahu pon handbag.jimat balek nk cover duit yang keluar setebal buku novel ombak rindu.eh!

Ok bai!

Tuesday, December 27, 2011

new day will come

The Old Me

A new day may come

It won't wait for us

even a second

2011

almost comes to an end

so much things happened

happy and sad

fun and joy

everything that makes people grow

make people to think

I run through a lot this year

nothing much to say

getting older

yet

I am still an old me

new resolution will be make

simple and hope to be full filled

wish everyone

great year of 2012

enjoy yourself to the fullest

and achieve the great achievement ever
and

This is an old me


Tuesday, December 6, 2011

Bantuan RM500.....$$$


KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan
  • Warga emas sebatang kara
  • Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

3. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
4. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

5. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

6. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion

Gembira tak baca? Duit hoi sape tak suka? Tak suka memang tak normal. Sape yang suka boleh la buat apa yang diminta dalam statement kat atas. Sape yang layak sahaja.Yang tak layak tak yah mengada. Dok je kat umah diam-diam.

Benda ni memang saya Copy dari LHDN. Sesiapa nak baca lebih lanjut sila masok web LHDN.

ok bai!


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, December 2, 2011

111111...her big day~

Ini gambar malam nikah campur ngan sanding sikit. jangan tanya aku kenapa tak susun...jawapannya ialah aku pening nak susun balik...

this is sooooooo cute!

aku aci kerat jari...angah aku tak de rasa pape pon masa ni. die lagi sebok belek bunga pegang tu

inai sangat hitam nok!

hah tetiba gambar sanding

tetiba gambar family with baju tema pink belac! (sedap lak sebot belac walopon sebenonye pink belacan)


As uolss semua tau my sister dah bertunang last year. her big day was 11-11-11 what a beautiful number. they bothe engaged for 1 year and 2 months if tak silap.

So akad nikah tarikh cantik 111111 right after isyak. nak pilih time nikah ppn kontroversi sebab tok kadi tak nak buat pukul 11 pagi.WTH betol tok kadi neh. tempat nak nikah pon kontroversi sebab tok kadi tak nak datang rumah.songeh gile! die soh buat kat mesejid.
Eh bukan ke masa kursus kawen orang tuh kata afdal buat kat umah ke? katanya tak elok kat surau sebab orang yang masok mesejid jarang hormat mesejid ni.anak-anak dok main dalam tu riuh rendah, pastuh ada lak dok bawak hantaran masok seolah-olah tidak memuliakan mesejid.pastuh amik-amik gamba pelok-pelok cium-cium tak elok katanya.dah tu nape bile nak nikah lain jadiknye? oh emosi pulak.janji dah selesai.

Kenduri pada 12-11-2011. sangat kelam kabut sebab pagi tu hujan super lebat! sumpah kami semua cuak nak mampos. Apa nak jadik kalau hujan tak berhenti? adoiii la puuun. pukul 10.30 pagi Alhamdulillah hujan stop.syukur.then terus buat baca tahlil and yassin. lepas tu trus kenduri pon start. Malas bebel banyak...uolls layan gambar je k.


ni abah saya punya turn tepung tawar renjis-renjis dipilis

ni turn mama lak tepung tepung (apesal de line lak ni?)

masa pengantin baru sampai...sory kena tunggu lama.baju pengantin pompuan de buat hal!

adik saya yang gojes sekali pada hari itu...sumpah lawa.korang kata tak lawa pon aku tetap kata lawa! aku tak kesah...

aku yang gojes jugak wakakakaka....gojes kan kan kan? gojes dan gemok. Deng!


al-fatihah.....

Assalamualaikum.....

Al-fatihah....

kepada Allahyarhamah Rara zikry

Dari Dia kita datang

Kepada Dia juga kita kembali

saya tidak kenal dia dengan rapat

hanya dari bacaan intenet saya kenal insan ini

apa yang mampu saya katakan

Allah SWT berhak ke atas kita

kita tidak dapat menentukan takdir kita sendiri

semua adalah ketentuan Nya

semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman

dan rohnya dicucuri rahmat




sesiapa nak tau lebih lanjut about her boleh google. what i can say she is beautiful and tough to face her fate until the end of her life.

Friday, October 28, 2011

ALEXANDRA STAN - Mr. Saxobeat


hai uolsssss!!!!!!!!!!

rindu lettew.....peh rosak bahasa.

mak sebok sangat noks...xdan nk masok edit2 belog bagi neh...

mak masok tenet buat koje masok markah bebudok skoloh jew

pulon kan?

harus la!

memandangkan lama tak menghapdet....saya nak tuju lagu boleh?

nah silalah dengor lagu ini

saya sedang suke lagu neh

jangan tanye nape......sebab saya pon tak tau kenapa

yang pasti lagu ni macam ol skul rocker sket.

okeh nak tggu loceng sekolah bunyik.

*beg d bahu*

Sunday, August 21, 2011

sakitnye!

selamat berpuasa....dah lama saya tak hapdet belog ini.sangat bz.bz kah? ke ko malas along hoi!

saya sedang bz bercinta sebenornye kehkeh....tapi dh puts 19hb.bulan2 pose putus chenta hoi....sakitnye Tuhan jek tau.

saya rasa salah dari saya sendiri....tak selidik betol-betol.mamat tuh rupenye laki org yang ada 2 org bini! CELAKE!!!!!!!!

sakitnya hati saya...

sumpah saya sedih dan bengang!

saya yang bodoh....sape nak gelak kt saya boleh lah berbuat demikian.

sekian.....

p/s:saya single lagik!

Monday, June 20, 2011

hari bapak-bapak

kami sayang abah!!
hepy father's day untuk abah aku....incik Mohammad bin Haji Othman.

Tuesday, June 14, 2011

goyang-goyang

pagi tadi dalam kul 8.05 ada rasa goyang-goyang

aku duduk kat kerusi lam bilik guru

memang dasat goyang

macam ada orang dok membuai jek

bukan aku sorang yang rasa

ramai gak cekgu cekgu lain rasa

kecoh satu sekolah

loceng bunyi panjang

semua budak-budak kena kosongkan kelas

berkumpul kat padang

tiba-tiba hujan lebat turun

siap ngan angin bagai

kuat gak angin

huuuu serius takut

tak pernah rasa macam ni

maa tsunami dulu aku tak rasa pon

sebab masa tuh aku kat ipoh bukan penang

bile dah cek intenet

baru tau ada gempa bumi kat Sumatera

5.5 skala richter

dasat jugak sampai sini pon rasa kan?

semoga semuanya akan kembali pulih...

sama-sama kita berdoa.

sape nak baca boleh klik berita ni

Saturday, June 11, 2011

selangkah nak kawen

orang kata nak kawen kena g kursus kawen kan?

kursus kawen paling tak bes kan?

2 hari yang panjang sampai ke petang kan?

saya akhirnya menabahkan diri untuk pergi

ye 2 hari jek

hari pertama (11-06-2011)

kul 7.30 pagi-6.00 petang

sok hari kedua lak

sila la bertabah hati menempuhi hari esok

yang pasti aku nak cepat-cepat habis

aku penat duduk

kerusi pulak sangat la tak selesa

ekon lak tak berfungsi

demmit!

tepu doh hotak aku!

dah sampai umah

nak makan nasik..

bai!


Friday, June 10, 2011

gathering gather gather part II

lihat wanita-wanita chantek ini.....

wanita chantek jugak harus gedik...aku especially


walopon sudah bergelar mak buyong....amek gambo tetap maw beraksi 'peace'

si kenit cuba berselindung di sebalik lengan sasa aku

yang ni sangat bes sebab semua gathering ni tiba-tiba (nada juliana banos)
nah kau kaki.....sape carik pasal aku bagi! btw tekun kan kami? hikhik

rajen membaca tangga kejayaan....kau hado!

minum dalam kole pon seronok ke? jadah tah?
jangan heran eh...kedai ni bagi kole kalau oder air jag...hamek kaw

inesennye hai muka aku kan? padahal tengah stress neh!

yaya....boolartnye mata? korea sunggoh walopon tak pakai lens korea
kenit syok lagik!

tangan di bahu mata ke atas...lidah sentil sket....hidung kasik kembang!

aku penat menunggu tyme neh...harap maklom!

ok bai!

Wednesday, June 8, 2011

gathering together gather


semalam pergi penang

dua minggu cuti 2 kali dah p pineng

gemor sunggoh ngan penang

semalam konon-konon nak gathering

tapi tak sangka jumpa ramai pulak TEYLIAN yang lain

sangat seronok

walopon kejap jek lepak

tapi sempat amek gamba

gamba seperti di atas




Sunday, June 5, 2011

boifren boifren

entry harineh agak hamjad

tak marah sape-sape pon

saje nak merepek

kehkehkeh

aku nak kena carik boifren sudah

umo dah 27 kot??

ko nak tunggu umo1 brapa baru nak carik?

ada sape-sape nak jadik boifren ai?

lalalalala~

prebiu muvie

semalam pergi tengok Kung Fu Panda 2

dah nama pon katun kan?

jangan pelik la cite sold out

ditambah dengan perasaan dok kat tadika ye

penoh ngan budak=budak noks

meriah!

dalam panggung lak tangisan ketawa itu ialah biasa

tuh belom lagi part anak-anak yang mak bapak die dah bawak tengok cite neh

lapanblas kali

sampai boleh sebot dah dialog dengan riak

aku tengok 3 org jek semalam

seat berpecah sebab memang takde seat

cite sangat bes

super duper bes!

Po sangat comel masa keciknye

nak taw p tengok....